Tuesday, March 8, 2011

Lari Pecut 100m


Ini adalah video dan gambar semasa Usian Bolt mencipta rekod dunia terbaru bagi acara Lari Pecut 100m bagi lelaki.

Pengenalan kepada TMK PJPK

Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelakaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Proses pembelakaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Dalama konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pembelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan.
Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang. Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran. Ahli kognitif berpendapat pembelajaran adalah sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal.
Manakala ahli behavioris pula berpendapat bahawa pembelajaran bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku di mana ia melibatkan cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu. Terdapat pelbagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran masih diperlukan memandangkan perbezaan gaya pembelajaran pelajar.
Memandangkan senario abad ke-21, yang membayangkan kegunaan komputer yang begitu meluas, pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer akan menjadi satu kaedah yang ditumpukan. Keadaan ini sangat bersesuaian dengan prinsip pembelajaran masteri yang mana pelajar boleh belajar tanpa bimbingan guru. Walau bagaimanapun peranan guru sebagai fasilitator perlu dimantapkan khususnya dalam menghadapi 'kerenah globalisasi'.

Tuesday, February 22, 2011

Selamat Datang

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia kepada anda semua yang melayari blog ini. Diharapkan pensyarah-pensyarah atau rakan-rakan sekalian yang melayari blog ini akan memberikan cadangan kepada kami untuk memperbaiki lagi tentang decoration blog ini. Sekian, terima kasih.